| 
A+
Aa
A-
A
A
A

Peta Laman Aduan & Maklum Balas Hubungi Kami Soalan Lazim

Lawatan Dan Solat Jumaat Menteri Dalam Negeri Bersama Penghuni Penjara Sungai Buloh

17 Ogos 2012, Jabatan Penjara Malaysia dengan berbesar hati menerima kunjungan daripada YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein ke Penjara Sungai Buloh bersama YBhg. Dato? Abdul Rahim bin Mohd Radzi, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri. YB Dato' Seri Hishammuddin telah meluangkan masa untuk bersolat Jumaat dan beramah mesra bersama kakitangan serta penghuni di Masjid Dalam Penjara Sungai Buloh yang melibatkan seramai 50 orang kakitangan dan 250 penghuni sempena menjelang Hari Raya Aidilfitri yang akan tiba. Kesempatan ini YB Menteri Dalam Negeri juga telah memberi sumbangan duit raya kepada kakitangan Penjara Sungai Buloh.


Selesai solat Jumaat sidang media telah diadakan dan Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan pembebasan 12 tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari Kem Tahanan Kamunting, Taiping, Perak.


Hadir sama pada sidang akhbar itu adalah YBhg. KJP Datuk Wira Haji Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia dan beberapa pegawai tertinggi Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Penjara Malaysia.

 

""